Kelas Asas Ms. Word (Bahagian IV) (Pelajar Sekolah Rendah)
23 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2016, Kelas Asas Ms. Word telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuluh. Microsoft Word merupakan pakej perisian bagi memproses perkataan yang merujuk kepada fungsinya untuk mengolah, menyusun, dan merekabentuk teks. Sebelum memulakan penjelajahan dalam bab ini, amat penting untuk mengenali setiap elemen yang ada dalam antaramuka Microsof Word 2013. Terdapat tiga (3) elemen utama yang akan dibincangkan dalam subtajuk ini iaitu Butang Office, Quick Access Toolbar dan Ribbon. Selepas membuat ulangkaji mengenai Ms. Word, latihan diberikan kepada pelajar berdasarkan format latihan Ms. Word 2013.
Seramai 5 orang pelajar ekolah rendah yang menyertai kelas ini.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
• Mengenalpasti ciri-ciri dan tugas-tugas utama perisian Microsoft Word.
• Meningkatkan pengetahuan dan latihan praktikal penggunaan perisian ini berdasarkan panduan dan tips yang telah diberikan.
• Mengaplikasikan penggunaan perisian ini dalam kehidupan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: